PEWARNA PONCEAU 4R
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan
pewarna Ponceau 4R.
Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya. Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.
Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari. Ia juga digunakan untuk mewarnakan teh.
Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng, hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah ratus yang mahal seperti saffron.
Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka.
Sabtu, 16 April 2016
Jumaat, 15 April 2016
MAKANAN ENAK
SYURGA MAKANAN
SESUAI dengan kepelbagaian bangsa di negara ini maka tidak hairanlah Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Sebut sahaja nak makan apa, segala juadah tempatan dan antarabangsa, semua ada di sini dan tidak perlu ke luar negara.
Sudahlah banyak pilihan, kedai makan dan restoran makanan segera pula berlambak-lambak dengan kebanyakan beroperasi sehingga dinihari. Kemeriahan itu mendorong rakyat untuk makan lewat malam. Malah terdapat ibu bapa ‘mengheret’ anak-anak yang separuh mengantuk ke kedai makan untuk ‘bersahur’ di luar waktu Ramadan!
Dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat itu maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyatnya mengalami obesiti.
Itu bukan ‘pencapaian’ yang boleh dibanggakan kerana obesiti boleh membawa maut. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 73 peratus kematian di hospital kerajaan ketika ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung) yang berpunca daripada masalah obesiti.
Malah kajian Institut Jantung Negara 2007 juga menunjukkan 60 peratus remaja menghidap penyakit jantung. Saya yakin jumlah itu meningkat lebih-lebih lagi kanak-kanak ketika ini cenderung bermain gajet berbanding melakukan pergerakan fizikal dan bersenam.

BATUK KERING
BATUK KERING
Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang,sendi dan lain-lain.
FRUKTOS
FRUKTOS
Gula (fruktos) berlebihan menyebabkan bakteria keluar dari usus ke saluran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan hati.
Kerosakan hari bermula tanpa peningkatan berat badan. Keadaan ini seharusnya mendapat perhatian kerana kebanyakan doktor dan saintis percaya bahawa lemak yang terdapat pada / sekeliling tisu dalam tubuh yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Nephrotic Syndrome
Nephrotic Syndrome
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PCOS
MASALAH HAMIL
Terdapat dua jenis kemandulan iaitu ketidaksuburan primer dan ketidaksuburan sekunder. Ketidaksuburan primer adalah keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung manakala ketidaksuburan sekunder adalah keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil walaupun berakhir dengan keguguran ataupun kandungan luar rahim.
Katanya, terdapat beberapa punca ketidaksuburan sekunder namun punca yang umum adalah disebabkan sindrom polisistik ovari atau PCOS.
Selepas bersalin anak pertama, kerap kali berat badan wanita meningkat dengan mendadak menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai PCOS.
Lazimnya, apabila PCOS berlaku maka ovari gagal mengeluarkan hormon seks wanita (estrogen dan progestogen) dengan teratur. Kadangkala ovari menghasilkan hormon seks lelaki (testosterone) berlebihan dan menyebabkan tumbuh lebih banyak rambut.
Selain PCOS, endometriosis turut menjadi antara punca ketidaksuburan sekunder yang kadangkala boleh menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia dikatakan berlaku ke atas tujuh peratus daripada wanita dalam lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dan menjadi sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
Endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim iaitu pada usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopia dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.

Khamis, 14 April 2016
Pewarna KANSER
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan pewarna Ponceau 4R.
Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya. Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.
Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari. Ia juga digunakan untuk mewarnakan teh.
Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng, hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah ratus yang mahal seperti saffron.
Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka.
Sehubungan dengan bahaya pewarna Ponceau 4R, CAP menggesa Kementerian Kesihatan agar mengambil langkah-langkah yang berikut:
- Mengeluarkan Ponceau 4R daripada senarai pewarna yang dibenarkan di dalam Peraturan Makanan 1985
- Menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang didapati menggunakan pewarna dalam makanan yang undang-undang tidak membenarkan makanan seumpamanya diwarnakan. (misalnya teh, rempah ratus dan udang kering)
- Menghentikan penjualan pewarna gred industri (diharamkan untuk makanan) dalam jumlah yang sedikit untuk mencegah penyalahgunaannya. Pada masa sekarang ia masih dijual di kedai runcit.
- Tidak menggalakkan pengendali dan pengeluar makanan daripada menggunakan pewarna kimia kerana ia berbahaya dan tidak perlu sama sekali.
- Mengadakan kempen media untuk tidak menggalakkan pengguna daripada membeli makanan yang mengandungi pewarna dan mendidik mereka mengenai cara untuk membaca label dengan betul.
- Menjalankan ujian ke atas makanan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan kimia dan pewarna yang diharamkan.
Kementerian Kesihatan perlu menyita kesemua makanan seumpamanya di pasaran. Sementara itu pengguna dinasihatkan agar mengelak makanan berwarna terang yang tidak kelihatan asli.

ELNINO DAN MATA
El Nino undang kesan pada mata
KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang melanda negara sejak Januari lepas bukan sahaja boleh menyebabkan strok haba, malah cuaca panas itu mampu memberi kesan negatif kepada mata.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perubatan Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH), Dr Pall Singh berkata orang ramai terutama mereka yang mengalami masalah mata kering perlu menitikberatkan aspek penjagaan mata dengan mengelak daripada terdedah terlalu lama kepada matahari.
Dr Pall Singh yang juga perunding kanan pakar Oftalmologi berkata mereka perlu kerap menggunakan ubat titis bagi mengelak pesakit mengalami pedih mata.
"Selain mengguna ubat titis, orang ramai termasuk mereka yang ada masalah mata kering perlu memakai cermin mata untuk melindungi mata daripada sinar ultraviolet (UV).

HISTERIA
Sekolah cuti selepas guru, pelajar diserang histeria
KOTA BHARU – Kejadian histeria beramai-ramai yang menggemparkan dan berlarutan sejak Isnin lalu menyebabkan kira-kira 900 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II di sini diarahkan bercuti selama sehari pada hari ini.
Peristiwa yang merasuk lebih 50 pelajar dan beberapa orang guru berlaku selepas para pelajar mendakwa terlihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.
Pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling seperti cacing kepanasan di atas lantai sebelum serangan histeria itu ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.
Tinjauan di sekolah tersebut semalam mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tetapi kebanyakan pelajar perempuan tidak berada di dalam bilik darjah kerana berkumpul di satu kawasan sekolah untuk membaca al-Quran dan doa.
difahamkan pelajar, guru dan kakitangan yang lemah semangat juga sudah diarahkan pulang awal semalam bagi mengelak diserang histeria.

Rabu, 13 April 2016
DENGGI
KKM lancar operasi 'serang' Aedes
KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,110 premis telah diperiksa dan 39 kompaun
berjumlah RM19,500 dikeluarkan hasil operasi penguatkuasaan pembiakan
nyamuk Aedes di seluruh negara yang bermula semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata kesemua premis yang didapati membiak Aedes dikenakan kompaun maksimum RM500 bagi setiap kompaun dalam operasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan selama dua bulan itu.
"KKM juga menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak binaan kerana didapati kadar pembiakan Aedes masih tinggi iaitu 31.8 peratus, melebihi sasaran satu peratus yang ditetapkan.
"Perintah penutupan (oleh) mahkamah selama dua minggu akan dikenakan kepada tapak binaan yang didapati membiak Aedes selain tindakan didakwa di mahkamah bagi kesalahan berulang," kata kenyataan itu.
Sejumlah 324 lokaliti terlibat dalam operasi itu iaitu 109 di Kelantan, 62, di Selangor, 51 di Kedah, 35 di Terengganu, 18 di Johor, 10 di Negeri Sembilan, tujuh di Sarawak, enam di Perak, enam di Pahang, lima di Perlis, lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat di Sabah, masing-masing dua di Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.
Pemantauan KKM juga mendapati jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 9 April tahun ini adalah 39,221 kes, meningkat sebanyak 9.9 peratus atau 3,520 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu 35,701 kes.
Selain itu, jumlah kumulatif kematian akibat demam denggi tahun ini adalah sebanyak 90 berbanding 113 bagi tempoh yang sama tahun lepas dengan penurunan sebanyak 23 kematian. - Bernama

Selasa, 12 April 2016
RAHSIA LEMON
Kesan sampingan jika terlebih minum air detoks lemon
BAGI yang sedang diet air lemon ini memang tak asing lagi. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.
Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.
Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.
Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak. Kurangkan pengambilannya jika kesan ini sudah anda rasai.
1. Hakisan gigi
Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.
Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.
2. Pedih ulu hati
Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.
Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.
3. Kerap buang air dan dehidrasi
Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.
Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.
Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang
KEK DADAH
Kek biji popi
Kuala Lumpur: Polis mengesan beberapa premis menjual kek di ibu kota menggunakan biji popi sebagai bahan penyedap kek yang boleh mengakibatkan rasa ketagih dan khayal jika diambil melebihi dos.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, berdasarkan ujian saringan awal dilakukan pihaknya mendapati kek berkenaan positif dadah jenis Opiat (candu).
Menurutnya, bahan berkenaan diletakkan di atas kek berkenaan sebagai penyedap rasa dan jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan pelbagai kesan sampingan.
"Kami akan menghantar sampel kek berkenaan ke Jabatan Kimia untuk menjalani ujian selanjutnya bagi mengesahkan kandungan itu positif dadah.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka ketika membeli kek bagi mengelakkan mengambil bahan terlarang yang terdapat pada kek itu,"katanya.

ROTI JALA RACUN

Semua mangsa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan roti jala bersama kari ayam sebagai hidangan lewat malam di dewan makan asrama sekolah itu.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, sebaik memperoleh keputusan analisa itu, pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang melakukan pemeriksaan di rumah pembekal roti jala berkenaan di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Bidor, kelmarin.
Katanya, pasukan itu menyaksikan cara pembuatan makanan berkenaan dan mengesyaki bakteria itu datang daripada kulit telur ayam yang tidak dibasuh.
"Apabila tukang masak memecahkan telur menggunakan tangan, kemungkinan kekotoran yang melekat pada kulit telur termasuk najis ayam mengenai tangan dan kemudian terkena roti jala.
“Pemeriksaan di premis itu juga mendapati bekas meletakkan telur atau `sarang telur' kotor dan digunakan secara kitar semula iaitu telur ayam baru diletak dalam bekas berkenaan yang tidak pernah ditukar," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar (SEHAP) di sini, hari ini.
KERACUNAN DIMANA-MANA SAHAJA ...
PASTIKAN KELUARGA ANDA SELALU DI LINDUNGAN KERACUNAN !!!!!!!!!
Isnin, 11 April 2016
KELESUAN HABA
KUANTAN - Sebanyak lapan kes akibat cuaca panas melampau direkodkan berlaku di negeri ini sehingga semalam, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.
Beliau berkata kes berkenaan merangkumi tujuh kes kelesuan haba iaitu tiga kes di Kuantan, dua kes di Bentong manakala satu kes masing-masing di Bera dan Temerloh serta satu kes strok haba di Temerloh.
"Kesemua kes disebabkan cuaca terlampau panas ini, melibatkan golongan dewasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes Secara Besar-Besaran di seluruh negara peringkat negeri di sini, hari ini.
Dr Zainal Ariffin berkata, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan berlaku disebabkan kes berkenaan namun pihaknya akan berterusan membuat pemantauan terhadap sebarang kes berkaitan cuaca panas melampau itu di seluruh negeri. - Bernama

KANSER LIDAH
Adik derita barah lidah tahap empat
JOHOR BAHRU - “Pada mulanya adik hanya tergigit lidah, tetapi kesan luka tersebut tidak sembuh meskipun kerap berulang-alik ke klinik,” kata Hidayah Md Zam, 31.
Hidayah berkata, adiknya, Mohamad Farhan, 24, kemudiannya disahkan menghidap barah lidah tahap dua dan kerana tiada pilihan, dia terpaksa menjalani pembedahan memotong lidah, peti suara serta rahang pada Disember lalu biarpun menyedari risiko bisu.
Ibu dua anak itu berkata, pembedahan tersebut membabitkan kos berjumlah RM64,000, yang mana RM50,000 ditanggung insurans adiknya.
“Selain itu, bahagian lehernya turut ditebuk bagi memudahkannya bernafas dan perutnya dipasang tiub bagi memudahkan kami menyalurkan susu disyorkan doktor setiap hari kerana dia tidak mampu mengunyah atau menelan.
“Kami sangka dia boleh pulih, tetapi malangnya pada Januari lalu, sel barahnya kembali aktif dan merebak ke paru-paru, dan barahnya disahkan tahap empat.
Dalam pada itu, Hidayah berkata, ayahnya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, manakala ibunya meninggal dunia akibat barah payudara, 16 tahun lalu.t.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan dugaan tersebut dan hanya berdoa kepada ALLAH SWT supaya adiknya dipanjangkan umur.
“Adik kini hanya menaip guna telefon bimbit dan menekan loceng sekiranya mahu berkomunikasi,” katanya.

OBESS
Article di FB :
10 SEBAB MENGAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN.
1. Minum air kuantiti gula yang tinggi
2. Kurang tidur
3. Tidak bersarapan
4. Makan terlalu cepat
5. Kurang minum air masak
6. Makan ketika stress
7. Pengambilan karbohidrat berlebihan
8. Makan dengan kuantiti yang banyak
9. Malas bersenam
10. Makan lewat malam.

Ahad, 10 April 2016
SUSU MADE IN CHINA
Susu Similac bukan dari China -
KP Kesihatan PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan mengesahkan susu formula bayi jenama Similac yang berada di pasaran negara ini tidak diimport dari negara China. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semakan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mendapati susu jenama itu hanya dibawa masuk dari Singapura, Ireland dan Sepanyol. Kedutaan China di Malaysia juga mengesahkan bahawa isu ini hanya melibatkan pasaran tempatan di China. Produk itu tidak dieksport, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan dua akhbar tempatan serta Hong Kong Free Press dan The China Post pada Rabu lepas berkaitan penangkapan enam warga China kerana terlibat dalam aktiviti pembuatan dan penjualan susu formula bayi tiruan di bawah jenama terkenal seperti "Similac". Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata syarikat Abbott, iaitu pengeluar asal produk Similac juga mengesahkan bahawa isu penipuan itu hanya melibatkan susu formula bayi yang dikilangkan di China untuk pasaran di negara berkenaan sahaja. Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan yang telah tercemar atau mengandungi bahan berbahaya yang memudaratkan kesihatan dilarang dijual. Pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan dinasihatkan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). - BERNAMA

MEE SEGERA
Jakim siasat status halal mi segera dari Korea
SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap mi segera dari Korea yang diragui status halalnya.
Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal berkata, hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“Untuk makluman pengguna, mi segera ini merupakan produk Korea yang telah mendapat pengesahan daripada Korea Muslim Foundation (KMF) iaitu salah sebuah Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jakim.
“Namun begitu, status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Semalam, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.
Menurut Jakim lagi, setiap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf telah diaudit berdasarkan prosedur dan piawaian ditetapkan oleh pihaknya.
“Pengguna diharap tidak membuat andaian awal sehingga pengesahan daripada pihak KMF diperoleh,” katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)
-
Tanda-tanda AWAL kanser usus Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu...
-
Bronkitis Ialah sejenis KERADANGAN pada saluran pernafasan (tiub bronkiul)di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis: 1. Bronkitis ...
-
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan den...