Sabtu, 2 April 2016

SUAMI LOYA

SIAPA PERNAH MENGALAMINYA

APAKAH KAITANNYA?

SILA KONGSI PANDANGAN 

ANDA !!!!

..............................................................................................


KUALA LUMPUR: 
Penyanyi rap popular, Waris, 27, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin, 27, disahkan hamil tiga bulan. Menghebahkan perkara itu melalui laman Instagram, Waris memberitahu, isterinya tidak mengalami alahan sebaliknya dia sendiri kerap muntah. Penyanyi yang popular dengan lagu Gadis Jolobu itu berkata, doktor belum belum memastikan jantina anak sulungnya itu. "Alhamdulillah. Sukar saya gambarkan perasaan gembira apabila doktor mengesahkan kehamilan isteri. "Sebenarnya, saya berharap isteri bunting pelamin, namun rezeki datang sebulan lewat. Namun, saya bersyukur dengan rezeki Allah," katanya kepada BH Online. Bercerita alahan yang dialaminya, Waris berkata, pada mulanya dia menyangka kerap muntah kerana cuaca panas.

KOS RAWATAN

KOS RAWATAN TIDAK MURAH ..
AMBIL IKTIBAR ...
MENCEGAH LEBIH BAIK ...
MENCARI PUNCA LEBIH BAIK ...
MEMBIARKAN TANDA AWAL SUATU KESILAPAN DALAM DIRI KITA !!!!!
........................................................................................

“Sejak dulu lagi doktor menasihati membawa anak menjalani pembedahan, tapi saya tiada duit untuk membiayai kos rawatan,” 
katanya sebak ketika ditemui di Hospital Gleneagles, Ampang, di sini, semalam.
Bapa pesakit berpendapatan RM600 sebulan sebagai penoreh getah tidak cukup untuk menanggung kos rawatan sebanyak RM50,000

Sakit tapak kaki

RAMAI YANG MENGALAMI NYA ...
RAMAI YANG TIDAK AMBIL PEDULI ..
RAMAI YANG SUDAH MENYESAL ....

TANYALAH KRHT..


Jumaat, 1 April 2016

TANDA AWAL PENYAKIT ANDA


SANGAT PENTING TAHU PUNCA ANDA SAKIT ...
CARILAH PUNCA NYA ...
JIKA TIDAK JUMPA ...
DAPATKAN PERKHIMATAN KRHT ....

PERUBATAN TRADISIONAL

Pada kurun ke-19, perubatan moden diamalkan sebagai perubatan aliran utama di Malaysia dan rawatan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) turut berkembang di sampingnya. Sebuah kajian tempatan menunjukkan sebaran luas pada kadar lebih 70% rakyat Malaysia telah menggunakan PT&K dalam hidup mereka tanpa mengira umur, etnik, dan status ekonomi. Meskipun sejumlah besar rawatan kesihatan ini tidak mempunyai pengesahan saintifik, tanggapan manfaat PT&K masih digalakkan. Hal ini mendorong Kementerian Kesihatan untuk mengambil langkah proaktif bagi memupuk PT&K dengan memastikan kualiti dan keselamatan produk dan amalan tempatan.

Tidak boleh disangkal bahawa perubatan Barat mempunyai sumbangan yang besar dalam merawat jangkitan, kecederaan trauma, keadaan yang memerlukan pembedahan dan penyakit-penyakit lain seperti barah. Tetapi pada tahun-tahun terdekat, keberkesanan PT&K telah mengambil konsep berunsur pemulihan dan kesejahteraan. Kadangkala pesakit mungkin mengambil maklumat dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai, mendedahkan diri mereka kepada risiko yang tidak diperlukan. Mereka ingin diberi harapan, meningkatkan pertahanan badan, mengurangkan penggunaan rawatan toksik, atau meringankan kesan sampingan rawatan. Kadangkala maklumat-maklumat sebegini tidak benar dan boleh menjadi bahaya. Hanya kerana sesuatu itu semulajadi atau holistik tidak semestinya selamat untuk kesihatan atau kesejahteraan diri.

Rawatan komplementari dan alternatif kini semakin popular dan permintaan awam untuk maklumat dan rawatan meningkat dengan cepat. Mendidik konsumer adalah cara terbaik bagi memastikan keselamatan awam. Oleh demikian, penting bagi semua pengamal perubatan untuk mempunyai pengetahuan baik tentang aspek-aspek utama PT&K dan peka kepada pesakit yang mungkin ingin mengambil rawatan alternatif disamping ubat-ubat preskripsi.

Darah Tinggi

Hipertensi sebagai pembunuh senyap
Kebanyakan orang yang mengidap hipertensi tidak akan menunjukkan gejala penyakit. Sakit leher atau bahu (angin) bukanlah gejala hipertensi yang biasa. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai sakit leher atau bahu mungkin mempunyai tekanan darah yang tinggi disebabkan kesakitan yang dialami. Golongan ini mungkin tidak menghidap hipertensi.
Hipertensi (tanpa gejala), masih berisiko untuk serangan sakit jantung, kegagalan ginjal dan strok. Di Malaysia, terdapat enam kes baru strok dirawat setiap hari. Malaysia mempunyai kadar pesakit yang mendapat rawatan dialisis yang tinggi jika dibandingkan dengan negara lain.

DARAH TINGGI

Pra-hipertensi: Tekanan darah saya bukan normal tetapi belum ke tahap hipetensi lagi
Pra-hipertensi ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai bacaan tekanan darah berikut:
  • Sistolik BP 120-139 mmHg atau
  • Diastolik BP 80-85 mmHg
Pra-hipertensi sepatutnya dipandang serius kerana ia boleh menjadi tahap hipertensi sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Adaptasi cara hidup dan pemakanan merupakan rawatan yang bersesuaian pada tahap ini.

AprilFOOL

JANGAN ada sesiapa yang cuba membuat lawak APRILFOOL (1 April) kerana perbuatan prank atau penipuan itu diHARAMKAN untuk disambut dan dilakukan walau bertujuan gurau, senda dan menghilangkan tension. Nabi bersabda 
ويل لمن يحدث فيكذب ليضحك به القوم ، ويل له
Ertinya: Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud). 

Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)

Khamis, 31 Mac 2016

GIZI MAKANAN

KANDUNGAN MAKANAN KITA ..
SANGAT PENTING  !!!!













Untuk kekal SIHAT sepanjang masa  ..


"ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN"

Buah Pelaga

Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas.
Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing
.

Kayu Manis



Khasiat kayu manis

Kayu manis atau CINNAMON mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.
Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.
Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.
Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.
Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.
Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.
Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.
Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.
Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.
Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.
Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.
Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.
Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.

Sekolah CUTI


30 Mac 2016

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup mulai hari ini selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 37 darjah Celsius.

Ini merupakan penutupan kali kedua bagi sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah ekoran suhu panas melampau yang me­landa kedua-dua negeri berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan penutupan kali kedua itu dilaksanakan berikutan fenomena El Nino yang melanda negeri itu sehingga menyebabkan cuaca panas berterusan selama tempoh 72 jam sejak Isnin lalu.

KENCING MANIS

Peningkatan mendadak diabetes

Diabetes antara 10 penyakit yang menyebabkan kematian di Malaysia. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lalu, kes diabetes meningkat di Malaysia pada kadar 17.5 peratus berbanding 15.2 peratus pada 2011.
Walaupun lebih lazim dalam kalangan orang dewasa, penyakit ini turut menyerang kanak-kanak apabila kadar obesiti dalam kalangan mereka kian meningkat. Jika keadaan ini berterusan serta tiada sebarang langkah pencegahan, diramalkan kadar diabetes di negara ini terus meningkat.



Rabu, 30 Mac 2016

YOGURT

PENGAMBILAN yogurt sebanyak lima kali seminggu berupaya mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 20 peratus.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Boston, Amerika Syarikat mendapati, yogurt mempunyai kandungan bakteria baik yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Selain itu, pengambilan yogurt juga didapati mempunyai manfaat yang sama dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang.

Menurut penyelidik, Prof. Justin Buendia, pengambilan yogurt boleh dilakukan dengan cara menambahkan yogurt ke dalam makanan untuk membantu mengawal masalah darah tinggi.

Golongan wanita pula dilihat mempunyai kesan penurunan darah tinggi yang lebih ketara berbanding lelaki kerana golongan tersebut lebih gemar memakan yogurt.

OBES


MASALAH obesiti dalam kalangan sebahagian rakyat Malaysia berpunca daripada pelbagai faktor termasuk amalan pemakanan tidak sihat.

Majoriti rakyat Malaysia memang gemar mengambil nasi lemak ketika sarapan kerana makanan itu mudah untuk didapati dan harganya yang murah. Tetapi awas, nasi lemak sebenarnya mengandungi kalori yang amat tinggi kerana kebiasaannya turut dihidangkan bersama ikan bilis, sambal dan telur.



Selasa, 29 Mac 2016

PUNCA SAKIT



Jika anda sakit begitu lama ....
sudah ke HOSPITAL ..

SUDAH berjumpa UST....
tapi ..
TIADA perubahan dalma rawatan ...
menganggu dalam tugas harian
menganggu dalam IBADAH ..
menganggu dalam KERHARMONIAN RUMAHTANGGA ...

SILA DAPATKAN PERKHIDMATAN KRHT.


BRONKITIS

Bronkitis 

Ialah sejenis KERADANGAN pada saluran pernafasan (tiub bronkiul)di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis:
1. Bronkitis Akut ( Berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
2. Bronkitis Kronik ( Boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih.Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.




KANSER KOLON

Tanda-tanda AWAL kanser usus

Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:

* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
* Najis bercampur dengan darah.
* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).
* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).
* Perut rasa memulas.
 Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).
* Muntah.
* Hilang selera makan.
* Berat badan turun tanpa sebab.
* Kerap penat.
* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

BUANG AIR BESAR

Bagaimana anda buang air besar?
1 hari 1 kali
2 hari 1 kali
3 hari 1 kali
7 hari 1 kali
2 minggu 1 kali
1 bulan 1kali
APA JAWAPAN ANDA ???????????
.........................................................



Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia akibat kanser usus di seluruh dunia pada 2008. Di negara kita, menurut Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, kanser usus atau kolon (juga kadangkala dipanggil kolorektal) adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.

Di kalangan wanita, kanser usus berada di tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Di kalangan lelaki, inilah kanser paling kerap berlaku. Lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 50 tahun ke atas.

Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.

Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.


Kencing Manis

Diabetes. .
Sukar Dibantu RAWAT ...
Sukar berjaya  dalam RAWATAN. ..
Tanyalah . .KRHT 

Isnin, 28 Mac 2016


MUSIM CUACA PANAS..
SILA PASTIKAN AIR YANG ANDA MINUM CUKUP ...
KERANA IA SANGAT MEMBANTU MENJAGA TAHAP KESIHATAN ANDA !!!!!!!

CUACA PANAS


MUSIM CUACA PANAS..
SILA PASTIKAN AIR YANG ANDA MINUM CUKUP ...
KERANA IA SANGAT MEMBANTU MENJAGA TAHAP KESIHATAN ANDA !!!!!!!

CUACA PANAS

CUACA PANAS
Berbagai penyakit ringan akan menjadi KRONIK dengan mudah ..
kita sebagai pesakit ...perlu selalu berhati-hati ...

saluran darah mudah pecah
Tekanan darah mudah meningkat
paru-paru mudah kena jangkitan
Tonsil Mudah bengkak
Kidney mudah rosak dan terbit batu karang
Lutut rasa sakit
Bawah Tapak kaki akan rasa sakit
Sakit kepala
sakit bahu
dll ...

Tindakan segera akan membantu memudahkan dalam proses rawatan

TQ
admin
KRHT 

Ahad, 27 Mac 2016

Cacing Pita (Taeniasis)

Cacing pita (Taenia sp.) bentuknya panjang pipih menyerupai pita, kepalanya kecil dan mempunyai lendir untuk melekatkan diri pada dinding usus. Cacing pita mempunyai banyak jenis, tetapi ada tiga yang biasa dikenal iaitu
1. Cacing pita daging,
2. Cacing pita ikan,
3. Cacing pita babi.
Jenis cacingan ini disebabkan ppengambilan daging (terutama lembu dan babi) yang mengandung cacing pita dan cara memasaknya.
Gejala atau tanda terinfeksi cacing pita antara lain:
1. Perut terasa mulas dan mual.
2. Kadang pedih dan tajam menusuk-nusuk tetapi akan hilang sesudah makan.
3. Selain itu muka pucat, pening, kurang nafsu makan, dan buang air besar berlendir.