Jumaat, 8 April 2016

PERGOBANAN ISTERI

Ambil cuti sebulan jaga suami derita kanser

Ambil cuti sebulan jaga suami derita kanser
Rosismalinda (kiri) tabah menjaga suaminya yang sakit di Taman Indah, Kampung Tengah.
SEGAMAT – Seorang isteri di Taman Indah, Kampung Tengah, di sini, terpaksa mengambil cuti selama sebulan semata-mata untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat menghidap kanser hati tahap empat.
Rosismalinda Ismail, 26, berkata, sejak suaminya, Rashid Abdullah, 29, disahkan menghidap kanser hati awal Februari lalu, dia segera memohon cuti daripada majikannya semata-mata untuk terus berada di sisi suaminya.
"Pada awalnya, suami mengadu sakit perut berpanjangan sejak Disember tahun lalu dan pada awal Januari juga, dia dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) akibat masalah perutnya itu.
"Saya ingatkan sakit perutnya itu disebabkan gastrik dan selepas menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer atau CT Scan, baharu kami tahu suami menghidap kanser," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, disebabkan penyakit itu suaminya yang berasal dari Felda Pemanis 2, di sini, dan bekerja sebagai pemandu lori juga terpaksa berhenti kerja ekoran keadaan kesihatan dirinya semakin merosot.
Jelas ibu kepada Mohd Rayyan Idham, 3, dan Nur Rayana Rania, 12 bulan berkata, suaminya juga kini banyak menghabiskan masa dengan berbaring di atas tilam sehingga badannya sebelum ini berisi menjadi susut.
"Perutnya pula seperti membesar dan apabila malam, dia (suami) tidak boleh tidur dan sering mengadu kepada saya sakit di bahagian belakang. Sebagai isteri saya berasa sangat terkesan dengan keadaannya yang sebelum ini sihat sahaja.
"Selera makannya juga berkurangan dan hanya bergantung kepada susu formula khas. Sebelum ini saya ada memohon daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan tilam oksigen bagi mengelakkan belakang badannya menjadi teruk," katanya.
Rosismalinda berkata, dia hanya bekerja di sebuah kilang di Jalan Segamat-Kuantan, di sini, juga terpaksa mengambil alih tugas suaminya menguruskan keluarga apabila perlu kembali bekerja pada minggu hadapan.
Katanya, selain daripada duit gajinya dia berharap pencen ilat yang akan diterima oleh suaminya, selain bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal dapat meringankan lagi bebanannya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rashid di talian 0127623285 atau menyalurkan terus ke akaun Maybank miliknya bernombor 101204000094872.

Kredit : sinar Harian

DIABETES

SILA AMBIL PERHATIAN !!!!!
SILA AMBIL TINDAKAN !!!!!


..........................................................................
RM9 bilion rawat pesakit diabetis

Kuala Lumpur:Kira-kira 17.5 peratus iaitu 3.5 juta rakyat negara ini menghidap diabetes yang disebabkan gaya pemakanan tidak sihat selain kurang melakukan aktiviti luar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, peratusan berkenaan semakin meningkat terutama membabitkan individu dewasa berusia 18 tahun ke atas.
Beliau berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM9 bilion setahun untuk merawat pesakit diabetes merangkumi ubatan dan kempen kesedaran.
"Setiap pesakit diabetes memerlukan kos rawatan sekurang-kurangnya RM2,600 setahun dan kebanyakannya kerajaan terpaksa menanggung kos berkenaan.
"Penyakit terbabit boleh dihindari dengan mengamalkan pemakanan sihat selain sentiasa bersenam," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan, di sini, tengah hari tadi.

Khamis, 7 April 2016

PENGAJARAN

PENGAJARAN UNTUK KITA
................................................................

‘Saya ingat dia dah tak ada’

KOTA BHARU - “Kami ingat dia dah tak ada (meninggal) apabila tiba-tiba terkulai kaku, tapi
alhamdulillah umurnya masih panjang”, luah Nik Shamsila Nik Mat, ibu kepada Adam Bukhari Mohd Jazal, 6, kanak-kanak yang nyaris kehilangan nyawa dipercayai termakan ubat mengandungi racun.

Nik Shamsila, 31, berkata, antibiotik dan losyen untuk gatal yang diberikan kepada anaknya itu dibeli di salah sebuah klinik di Pasir Mas dua hari lalu berikutan masalah gatal yang dihadapi.

Dia berkata, pada mulanya dia dan suami, Mohd Jazal Abdullah teragak-agak memberikan ubat berkenaan kepada Adam Bukhari kerana sedar kebiasaannya, losyen gatal hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

“Namun disebabkan percaya pada arahan yang tercatat, saya berikan antibiotik dan losyen itu kepada Adam dengan kadar 5 mililiter pada jam 12 malam, 4 April lalu.

“Bagaimanapun pada jam 2 pagi dia mengadu pening dan sakit perut, sebelum saya sapu minyak angin serta berikan ubat demam kerana mengesyaki dia tidak kurang sihat,” katanya kepada Sinar Harian di Wad 5, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Nik Shamsila berkata, dia sekali lagi memberikan Adam ubat berkenaan tengah hari kelmarin, walaupun anak keduanya itu pernah mengadu ia langsung tidak sedap.

Rabu, 6 April 2016

AYAM RACUN

Ayam disimpan tak sempurna punca keracunan
Gamabr hiasan
IPOH - Cara penyimpanan ayam mentah yang tidak sempurna dan tempoh masak yang terlalu singkat dikenal pasti sebagai punca keracunan makanan yang berlaku di Sekolah Menengah Sains Tapah minggu lalu.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juwita Ghazali berkata punca tersebut dikenal pasti hasil menerusi siasatan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP).
"Simpanan ayam mentah itu tidak sempurna. Ia tidak mencapai suhu sejuk beku negatif enam darjah Celcius selama 32 jam iaitu dari jam 10.30 pagi (1 April hingga 6 petang (2 April).
"Ini menyebabkan bakteria Salmonela boleh membiak dengan cepat dan banyak seterusnya menyebabkan keracunan makanan berlaku, "katanya dalam satu kenyataan hari ini.   
Dr Juwita berkata kari ayam yang dimasak sebagai hidangan makan tengah malam untuk pelajar asrama sekolah berkenaan juga dimasak terlalu singkat iaitu 30 minit untuk dua dulang.
Sabtu lalu seramai 43 pelajar dan seorang guru sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati hidangan roti jala dan kari ayam yang dihidangkan di dewan asrama untuk makan lewat malam.
Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada 63 orang dengan 28 daripada mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah. - Bernama

TIBI

Penyakit tibi catat peningkatan 14 peratus


KUALA LUMPUR 5 April – Jumlah kes penyakit tibi baharu di negara ini mencatat peningkatan sebanyak 14 peratus daripada 20,666 kes pada tahun 2011 kepada 23,565 kes tahun lalu.
Hilmi Yahaya
Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, jumlah kematian akibat penyakit tibi turut me­ningkat sebanyak 1.7 peratus, apabila pada tahun lalu mencatat 1,672 kes berbanding 1,644 kes bagi tahun 2011.
“Tibi merupakan salah satu pe­nyakit berjangkit utama di Malaysia dan pihak kementerian akan sentiasa berusaha memperkukuhkan program kawalan, pencegahan dan rawatan tibi di negara ini.
“Malah, objektif utama Program Kawalan Tibi Kebangsaan adalah untuk mengesan awal semua kes tibi dalam kalangan masyarakat dan memberikan rawatan sehingga pesakit sembuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) mengenai bilangan kes baharu tibi dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Hilmi berkata, adalah penting bagi pihak majikan untuk menggaji hanya pekerja ­asing yang sah, ke­rana mereka telah dipastikan bebas penyakit tibi me­lalui pemeriksaan oleh Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).
Beliau berkata, kerajaan juga akan memberikan rawatan percuma kepada pekerja asing bagi menjalankan pemeriksaan untuk penyakit berkenaan.
“Kementerian buat keputusan untuk memberikan rawatan percuma kepada pekerja asing yang menghidap penyakit tibi tetapi pelaksanaannya masih belum di­mulakan lagi,” jelasnya.

Kredit : Utusan

Selasa, 5 April 2016

TUMOR perut NAZ


Naz lebih ceria selepas dibedah

Kuala Lumpur: Lebih setahun berahsia, akhirnya pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Nazrudin Rahman membuat pengakuan dirinya sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit tumor (Gastro Stomata Intestinal Tumor) yang dikesan di bahagian perutnya.


Menurut Nazrudin, dia mendapat tahu ada tumor di bahagian perutnya ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sungai Buloh pada Oktober 2014.

“Saya berasa dunia menjadi gelap seketika apabila doktor memberitahu ada tumor di bahagian perut ketika itu.

“Saya juga mengambil sedikit masa untuk bersetuju menjalani pembedahan kerana macam-macam yang di fikirkan ketika itu terutama tiga anak yang masih kecil.

“Namun, isteri yang banyak memberi semangat dan kekuatan untuk berdepan semua itu sehinggalah menjalani pembedahan membuang tumor di hospital pada April 2015,” katanya.

MAKANAN ANDA BERACUN

Jumpa bangkai tikus dalam sos cili

SUNGAI PETANI - Seorang ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Merbau, Tikam Batu, di sini, terkejut menemui bangkai seekor tikus dalam bekas sos cili yang dibelinya untuk digunakan bagi memasak bihun kepada penduduk yang menghadiri program ceramah agama di surau berdekatan, petang kelmarin.
Jumpa bangkai tikus dalam sos cili
Bangkai tikus yang ditemui dalam botol sos berkenaan.
Salbiah Saad berkata, dia tidak sangka bekas sos cili seberat empat kilogram yang turut mempunyai logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengandungi haiwan perosak berkenaan.
“Saya selalu juga beli sos cili jenama ini sebab ada cop Jakim, jadi tak was-was nak guna. Tak sangka pula ada tikus mati di dalamnya.
“Nasib baik tak jadi masak, kalau tak mesti ramai penduduk kena keracunan makanan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Salbiah, dia menemui bangkai haiwan berkenaan bersama 10 penduduk taman itu yang sedang sibuk menyiapkan kuah untuk bihun berkenaan.
“Lepas dah masuk bahan nak masak bihun, saya baru buka botol sos berkenaan dan nak tuang ke dalam kuali. Tapi sosnya tak keluar-keluar. Lepas itu saya picit-picit botol itu, keluar seketul objek hitam yang menyerupai bangkai haiwan.
“Kami terkejut, tengok-tengok, tikus yang mati dalam bekas sos tu. Memang terus meremang bulu roma dan rasa jijik tak terkata," katanya.
Salbiah menambah, susulan penemuan itu, mantan pengerusi KRT, Mohd Saiful Asri membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tindakan bakal diambil ke atas syarikat pengeluar sos berkenaan yang beralamat di Perai,” katanya.
Sementara itu, Imam Surau Al-Kauthar Taman Merbau, Mohd Noor Abdul Hamid meminta pihak Jakim untuk menyiasat logo halal digunakan pengeluar syarikat sos berkenaan sama ada sah atau tidak.
“Sejak kebelakangan ini, banyak kes pemalsuan logo halal pada produk makanan yang mengelirukan pengguna, terutamanya Islam yang lebih yakin terhadap produk dengan logo halal ini.
“Selain Jakim, Jabatan Kesihatan Negeri juga diminta untuk menyiasat tahap kebersihan produk dihasilkan syarikat berkenaan kerana ia membabitkan nyawa manusia dan juga semua agensi lain,” katanya.


WARTAWAN SINAR HARIAN

Isnin, 4 April 2016

PENYAKIT KAKI TANGAN MULUT

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
 
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
 
iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’⁠⁠⁠⁠





KENCING TIKUS

ALOR SETAR: 
3 April 2016

Seorang pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di Kulim, dekat sini, yang meninggal dunia di Hospital Kulim, petang kelmarin, disahkan sebagai mangsa leptospirosis atau kencing tikus. Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail, yang turut mengesahkan pelajar lelaki berusia 18 tahun itu dijangkiti virus kencing tikus selepas berkunjung dan berkelah di Lata Sedim, dekat Kulim. Mengulas lanjut, katanya, mangsa terlebih dulu mengalami gejala demam, sakit kepala dan lenguh badan pada 26 Mac lalu, sebelum dikejarkan ke Jabatan Kecemasan pada Khamis lalu. "Mangsa kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi rawatan segera pakar, namun disahkan meninggal dunia jam 5 petang kelmarin akibat perdarahan paru-paru disyaki disebabkan komplikasi daripada jangkitan leptospirosis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Dr Norhizan berkata, hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim mendapati pada 8, 10 dan 20 Mac lalu, mangsa bersama tiga rakan berkunjung dan mandi di tempat perkelahan persendirian di Lata Sedim. Bagaimanapun, katanya, rakan mangsa didapati tidak mengalami sebarang gejala berkaitan jangkitan leptospirosis. "Pemeriksaan awal juga menunjukkan gejala dan tanda jangkitan leptospirosis dan pihak hospital sudah menghantar sampel darah ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur untuk pengesahan," katanya.

PELIK TETAPI BENAR

Doktor 'tanam' tangan pesakit dalam perut

Doktor 'tanam' tangan pesakit dalam perut
Tangan mangsa yang 'ditanam' dalam perut. - Foto Dailymail
ORLEANS - BRAZIL. Memang pelik namun inilah yang berlaku. Doktor di selatan Brazil menggunakan kaedah kreatif untuk menyelamatkan tangan seorang lelaki selepas kulit tangannnya terkoyak dengan memasukkan tangan tersebut ke dalam perut mangsa.
Laporan Dailymail UK mengatakan, tangan yang cedera tersebut akan 'ditanam' di celah tisu lembut perut selama enam minggu untuk mengelakkan jangkitan kuman dan proses reput.
Kulit tangan mangsa, Carlos Mariotti, 41, terkoyak sehingga menampakkan tulang dan tendon ketika sedang mengendalikan sebuah mesin.
"Tanpa prosedur ini, tangan Carlos pasti akan mereput dan jangkitan kuman pasti akan berlaku," kata pakar bedah hospital Santa Otilia, Boris Brandao.
Bahagian perut Carlos kemudian dibalut bersama-sama tangan yang dimasukkan untuk meyembuhkan luka pembedahan.
"Rasa pelik sedikit kerana saya boleh gerakkan jari-jari saya di dalam perut," kata Carlos sambil mengetap bibir.
Dalam kemalangan di tempat kerjanya, Carlos kehilangan dua jarinya.
"Sekurang-kurangnya jari saya yang lain masih OK dan saya masih boleh memegang stereng kenderaan untuk pergi kerja," kata Calors sambil tersenyum.

SESI KONSULTANSI KLINIKRHT

ANDA SAKIT ...
SUDAH SANGAT LAMA...
PELIK KERANA TIDAK SEMBUH-SEMBUH ..
SUDAH SERATA PELOSOK SUDAH PERGI BERUBAT ...
SUDAH KEHOSPITAL YANG SANGAT CANGGIH..


TETAPI TIADA PERUBAHAN DALAM


KESIHATAN DAN LAGI BERTAMBAH TERUK 


PENYAKIT ANDA ...!!!!!!



sila dapatkasn sesi Konsultansi KRHT ...



MENGESAN :

MEGAPA ANDA JADI BEGITU
MENCARI PUNCA MENGAPA ANDA JADI BEGITU ..


"MERAWAT AKAN MUDAH JIKA ANDA TAHU PUNCANYA"

...........................................................
INFO :
Aktiviti KRHT 

SESI KRHT  MOBILE

TEMUJANJI
Sesi KRHT  akan mengambil masa selama 3jam atau lebih. 
Merangkumi:

> DIAGNOSIS KELEMAHAN ORGAN DAN 
PUNCA PENYAKIT DARI :
a) PEMAKANAN
b) PERSEKITARAN
c) KAREKTOR
d) GANGGUAN

Menggunakan Teknik :

1. TEKNIK ELEMEN NOMBOR
2. TEKNIK WAJAH
3. TEKNIK IRIDOLOGI

> KONSULTANSI PEMAKANAN
> KONSULTANSI PERSEKITARAN

KRHT AKAN MENCADANGKAN LOKASI YANG LEBIH SESUAI.


SUHU PANAS

Cuaca di Malaysia makin panas

 KEADAAN lopak berair tempat kerbau berkubang menjadi kering akibat musim panas di Batu Gajah, Perak semalam.

JOHOR BAHRU – Suhu di Malaysia bakal me nyamai suhu di negara-negara Arab apabila ia diramal mencecah suhu 40 darjah Celsius dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Kampus Lestari Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CS), Profesor Madya Dr. Mohd. Fadhli Md. Din (gambar kecil) berkata, ke adaan itu berlaku disebabkan suhu di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini mengalami peningkatan sebanyak 1.2 darjah Celsius setahun.

“Kadar suhu yang sangat tinggi itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada tubuh manusia yang hanya mampu bertahan dalam suhu maksimum 39.5 darjah Celsius malah mengakibatkan negara berisiko mengalami musim kemarau berpanjangan,” katanya selepas memperkenalkan prototaip penunjuk haba Surrogate Human Sensor (SHS) di Kampus UTM di Skudai dekat sini semalam.

Kadar suhu purata di Malaysia adalah antara 32 hingga 33 darjah Celsius.

Beliau berkata, peningkatan kadar suhu secara berperingkat itu berpunca daripada pelepasan gas karbon dioksida dari kilang dan kenderaan yang semakin banyak di negara ini pada masa depan.

Ahad, 3 April 2016

SELUAR BERSALIN

Seluar menutup aurat ibu bersalin


Aslina Abu Bakar 

am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Kesedaran terhadap aurat wanita ketika di wad bersalin mencetus idea kepada lapan kakitangan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Kemaman mencipta seluar bersalin yang dikenali sebagai `materna pants'.
Kajian keberkesanannya yang dijalankan terhadap 50 ibu bersalin di Hospital Kemaman mendapati semua mereka bersetuju menggunakan seluar berkenaan kerana dapat membantu mereka bergerak dalam keadaan lebih selesa selain memberi penjagaan aurat maksimum selaras dengan tuntutan Islam.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Saifur Rahman Mohamad berkata, seluar bersalin itu juga sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dijadikan antara kemudahan disediakan kepada ibu bersalin di hospital selaras dengan konsep hospital mesra ibadah yang dilaksanakan tahun lalu.
"Buat masa ini, kami masih berbincang dengan pihak pembekal untuk penyediaan bekalan seluar berkenaan memandangkan kosnya yang tinggi dan cara pembuatan termasuk jahitan memerlukan teknik tertentu.
Selepas selesai perbincangan dan memperolehi persetujuan, kami menjangka penggunaan seluar ini dapat dipraktikkan di semua hospital di seluruh negeri menjelang tahun depan," katanya ketika sidang media di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 7:41 PM
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Saifur Rahman Mohamad menunjukkan seluar untuk kegunaan ibu bersalin. - Foto SYAHIRAH ABDULLAH

Otot Pelvis

Usah abai otot pelvis

Otot lantai pelvis yang juga dikenali sebagai otot kemut menyokong pelbagai aspek berkaitan sistem badan wanita seperti pengalaman seksual, kehamilan, kelahiran anak, kawalan pundi kencing, sokongan belakang dan tona abdomen.
Secara fizikal, otot yang terletak di dasar lantai pelvis ini memberikan sokongan kepada organ pelvis khususnya pundi hempedu, usus dan uterus.
Ia membalut sekeliling saluran seperti tali getah yang mengawal bukaan dan penutupan uretra, kanal faraj serta dubur melalui pengecutan dan rehat.
Apabila kita membuang air kecil misalnya, isyarat dihantar ke otot lantai pelvis untuk berehat dan melepaskan genggaman uretra yang membolehkan kita mengosongkan pundi kencing.
Otot ini boleh menjadi kuat dan lemah bergantung pada beberapa faktor dan tentunya ia perlu diperkuatkan sekiranya didapati lemah.
Cara mudah untuk mengenal pasti lantai pelvis yang kuat malah sihat adalah apabila ia berupaya menahan air kencing meskipun ketika bersin, batuk, ketawa mahupun melompat.
Kekuatan lantai pelvis juga diukur menerusi kemampuan seseorang menahan air kencing dalam tempoh yang lama disertai dengan kurangnya kekerapan desakan untuk membuang air kecil.
Petunjuk lain yang boleh dilihat ialah keupayaan seseorang mencapai orgasme dengan mudah serta postur yang baik.
Dalam pada itu, otot lantai pelvis juga boleh menjadi lemah dan kehamilan dikenal pasti sebagai punca utama menyebabkan keadaan ini berlaku, tidak kira bagaimana sekalipun kaedah bersalin yang dilakukan.
Ini kerana, sewaktu hamil, berat bayi disokong sepenuhnya oleh otot lantai pelvis selama sembilan bulan berterusan yang mengakibatkan ketegangan besar pada otot berkenaan.
Disebabkan itu, kepuasan seksual si ibu mula berkurangan disusuli episod lemah kawalan air kencing baik sewaktu hamil mahupun selepas bersalin yang berterusan dalam kehidupannya.
Bagi memperbaiki keadaan ini, otot lantai pelvis kuat semula hanya menerusi latihan serta senaman kemut ia boleh menjadi lebih baik. Melalui latihan pelvis atau senaman otot lantai pelvis, otot lantai pelvis akan menjadi lebih kukuh sekali gus memperbaiki fungsi uretra dan sfinkter rektum.

BARAH USUS

Cegah barah usus

Mengikut panduan American Co
llege of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidap kanser kolon (kanser usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun.

Berdasarkan data diperoleh, individu berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi.
Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita.

Air Racun

Air racun

Bukit Mertajam: Seorang penternak lembu kerugian RM42,000 apabila 14 haiwan peliharaannya itu mati dipercayai minum air yang dicemari racun dalam kejadian di kebun limau Kampung Kubang Ulu, Penanti, di sini, kelmarin.
Kejadian itu hanya disedari pemilik haiwan terbabit yang berusia 34 tahun kira-kira jam 4 petang selepas dia dimaklumkan ahli keluarganya berhubung kejadian berkenaan.
Difahamkan, pemilik lembu itu sudah mengusahakan ternakan itu sejak hampir 20 tahun lalu dan dia adalah pembekal utama daging lembu di daerah Penanti.
Dua jam sebelum kejadian, dia melepaskan 22 lembu peliharaannya untuk meragut rumput dalam ladang kelapa sawit berhampiran.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu ahli keluarga, beberapa ekor lembunya dilihat sudah mati dengan keadaan perut kembung selain mulut berbuih serta mengeluarkan najis dipenuhi darah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pemilik lembu terbabit ada membuat laporan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian, lelaki itu mendapati enam lembu peliharaannya mati, manakala lapan lagi dalam keadaan tidak bermaya.
“Pemilik haiwan terbabit kemudian mengambil keputusan menyembelih lapan lembu yang masih bernyawa itu kerana tidak mahu melihat haiwan terbabit dalam keadaan terseksa.
“Setakat ini, kita menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian berkenaan dan tidak menolak kemungkinan semua haiwan itu mati akibat minum air yang dicemari racun,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan awal juga mendapati ada air yang ditinggalkan dalam bekas tong cat di tempat kejadian, namun pihaknya masih menjalakan siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 429, Kanun Keseksaan,” katanya.
Kredit: HMETRO 

Wajah Cantik

CARA MENCANTIKKAN WAJAH

"PASTIKAN HATI LEBIH CANTIK DARI WAJAH KERANA BILA HATI CANTIK, WAJAH AKAN KELIHATAN BERSERI DAN CANTIK"