Kanser usus boleh terjadi tanpa gejala yang jelas tetapi ada beberapa tanda yang perlu diberi perhatian iaitu apabila anda mengalami masalah untuk buang air besar. Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan gejala, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan. Antara gejala kanser usus ialah:
* Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
* Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
* Najis bercampur dengan darah.
* Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).
* Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).
* Perut rasa memulas.
Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).
* Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).
* Muntah.
* Hilang selera makan.
* Berat badan turun tanpa sebab.
* Kerap penat.
* Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan