Definasi gastrik:
Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut...ia boleh berlaku secara tiba2 dan dlm jgka masa yg pendek (acute) ataupun secara berperingkat dan dlm jgka masa yg panjang (chronic)..
ulser peptik pula adalah luka kecil yg berlaku pd permukaan lapisan perut, duodenum (bhg pertama dlm usus kecil) atau bhg bawah esofagus. sekiranya seseorang itu mempunyai keradangan pd lapisan perut (gastritis), tentu sahaja lebih mudah utk terjadi luka di kawasan tersebut..
permukaan lapisan perut mempuyai sel yang berfungsi utk mengeluarkan asid dan enzim yg penting utk pencernaan makanan. ia juga mengeluarkan mukus yg berperanan sbg pelindung kepada permukaan perut tersebut. jadi...apabila keradangan pada lapisan perut berlaku, hanya sedikit asid, enzim dan mukus yg akan dirembeskan...permukaan lapisan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yg menjadi pelindung dan ini menyebabkan luka kecil berlaku...apabila luka telah berlaku, pada tahap inilah ia dipanggil ulser peptik..
pelbagai FAKTOR dikenalpasti menjadi punca kpd penyakit ini... antara punca gastritis adalah:
Penggunaan ubat anti keradangan yg bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen..
ubat2 ini sllnya diberikan oleh doktor utk merawati sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan2 lain...ubat ini boleh menyebabkan gastritis jika diambil dlm jangka masa yg agak lama.
Jangkitan virus, kulat atau bakteria. bakteria yg seringkali dikatikan dgn penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori... bakteria ini mudah merebak di kawasan yg kurang bersih dan masuk ke dlm badan manusia melalui makanan atau air yg telah dicemari oleh bakteria ini..
penyakit autoimmune dimana sistem immunisasi yg sepatutnya berperanan sbg ketahanan bdn terhadap penyakit tlh menyerang sel2 di permukaan dinding perut dan menyebabkan kurang penghasilan asid, enzim dan mukus oleh sel tersebut.
GEJALA gastritis:
sakit perut di bhg atas perut (antara pusat dan tulang bawah dada) samada di bhg tgh atau kiri dan boleh merebak ke belakang.
rasa loya
muntah ( isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan, mengandungi jalur darah ataupun darah sepenuhnya bergantung pd tahap penyakit ini)
sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
kembung perut
rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
hilang selera makan
turun berat badan