Jumaat, 21 Oktober 2016

BRONOK

Tak Semua Orang Tahu Hidupan Ini Boleh Dimakan, Malah Enak Dibuat Kerabu!

Sekali pandang, hidupan tidak berkaki ini kelihatan tak ubah seperti lintah, timun laut atau gamat.
Bronok, spesis hidupan laut yang hidup dalam kawasan pantai berselut di Langkawi, mempunyai badan yang licin dan berwarna hitam bagi yang sudah tua, dan merah jambu bagi yang masih muda. Haiwan ini juga sensitif kepada haba, dan akan mencair kalau panas
Bagi sesetengah orang yang tak biasa, Bronok mungkin agak menggelikan kerana sekali pandang nampak macam lintah

MAKANAN KULIT

Makanan untuk kulit

Memiliki kulit cantik dan sihat adalah impian setiap wanita, oleh itu berbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit cantik, cerah dan bersih. Cara semula jadi adalah dengan pengambilan makanan yang baik untuk kecantikan kulit.

Ini kerana, di dalam makanan mengandung banyak fitokimia, serat dan vitamin yang bekerja bersama untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Untuk itu, pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien itu bukan saja dapat meremajakan kulit, malah memelihara kesihatan kulit dari dalam.


Sayur dan buah diketahui makanan paling baik untuk mengekalkan kulit yang sihat. Namun, terdapat beberapa jenis makanan khusus yang bermanfaat untuk mencantikkan dan menjaga kesihatan tubuh.

Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.

1. Sayur hijau dan merah

Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.

2. Daging merah

Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.

3. Ikan

Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.

4. Kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

5. Makanan dari gandum

Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.

6. Yogurt

Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.

7. Beras merah

Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.

8. Avokado

Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.

9. Bawang putih

Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.

10. Tauhu

Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.

Kredit : HMetro

Isnin, 30 Mei 2016

PUASA

PUASA 
Mengeluarkan racun dalam tubuh

jika puasa isnin dan khamis..
Dapat meneluarkan toksin atau racun dalam tubuh. 
Racun yang bercampur dalam lemak, darah, atau bahagian yang lain itu berasal dari makanan dan minuman yang kita makan setiap hari.
Untuk mengeluarkannya bukan hanya dengan senaman saja.... SEPERTI YANG BAYAK DI GEMBAR GEMBURKAN DI LAMAN SOSIAL DAN MEDIA..
Kita PERLU MENGURANGKAN pengambilan makanan dan minuman SEMINIMA dalam sehari, akan dapat membantu .. racun dapat dikeluarkan dengan efektif. KERANA JIKA KURANG PEMAKANAN, BAKI YANG ADA DIDALAM TUBUH BADAN KITA MUDAH DI BAKAR DAN DI BUANG SEBAGAI 
PERKUMUHAN.
Pengeluarannya dari pepeluhan, urine atau buang air besar. 
MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN DALM SEMINGGU 2 KALI @ 2 HARI ... SANGAT BERKESAN MEMBANTU MENGELUARKAN segala toksik, asid, lelemak dalm darah kita.


Cara KITA berpuasa ISNIN DAN KHAMIS memang mampu untuk mengelurkan racun yang sudah mendap LAMA dalam tubuh BADAN KITA. 
Jika racun-racun tersebut sudah keluar, maka KITA akan merasakan tubuh lebih sIhat dan BERTENAGA.

Kajian:
KRHT 

Ahad, 29 Mei 2016

SAYUR lawan penyakit



Ketika berlaku kecederaan atau penyakit, badan akan menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan sel imun bertindak balas dengan cara menambah aliran darah ke bahagian yang terjejas dan ini mengakibatkan sakit, bengkak, panas dan merah.
sel imun akan memburu dan memusnahkan bahan perosak dan seterusnya memulihkan bahagian yang cedera.
Proses ini dikenali sebagai inflamasi, namun inflamasi yang gagal menghilangkan jangkitan atau menyembuhkan luka akan menyebabkan rangkaian reaksi berlebihan dan merosakkan sel serta menimbulkan gejala penyakit.
“Kajian menunjukkan inflamasi kronik menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti kanser, atritis, diabetis dan penyakit berkaitan kardiovaskular.


PENAWAR KRHT 
012 359 2933

Jumaat, 27 Mei 2016

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung


Makan makanan yang seimbang, bernutrisi untuk Sahur atau di pagi hari
Jangan abaikan makanan di awal pagi
Perbanyakkan minum air tetapi jauhkan dari meminum air berkafein seperti kopi atau teh.
Amalkan kesederhanaan dalam segala hal, termasuklah pengambilan garam dan gula.
Dapatkan rehat secukupnya dan cubalah mengelakkan sebarang aktiviti-aktiviti yang berat.
Sentiasa dalam keadaan dingin di siang hari dan ini termasuklah mengelakkan melakukan aktiviti luar.
Semasa berbuka puasa, cuba makan secara perlahan-lahan. Usus telah berehat sepanjang hari, dan ia adalah elok untuk mengelakkan usus dari ‘terkejut’ dengan kemasukan makanan yang berlebihan.
Dalam tempoh yang tidak berpuasa iaitu di sebelah malam, amalkan pengambilan makanan ringan yang sihat secara kerap untuk memastikan anda mempunyai nutrien dos secukupnya
Sentiasa memilih atau membeli makanan daripada penjual yang bersih.
Walaupun telah mendapat kebenaran untuk berpuasa, sentiasa perhatikan simptom-simptom ini:

Kekurangan pergerakan anak dalam kandungan anda
Kontraksi abdomen anda
Rasa mual atau muntah-muntah
Pening atau rasa di awang-awangan
Demam
Sakit bahagian bawah tulang belakang
Sakit semasa membuang air kecil
Sakit kepala
Kelemahan / Sengal badan
Dahaga atau kelaparan yang melampau

Isnin, 23 Mei 2016

IMSOMNIA

BUATLAH LANGKAH BIJAK ...


JIKA ANDA SUKAR NAK DPAT TIDUR LENA !!!!!





Penawar KRHT sangat membantu .....

Sabtu, 21 Mei 2016

KENCING SAKIT WANITA

Anda ada masalah KENCING.. 

SAKIT SEMASA KENCING SUSAH 

NAK KENCING 



dAPATKAN PENAWAR  

KRHT 012 359 2933...

kencing sakit lelaki

Anda ada masalah KENCING..

SAKIT SEMASA KENCING

SUSAH NAK KENCING
dAPATKAN PENAWAR 
KRHT 
012 359 2933

MIGRANE LELAKI

Anda sakit MIGRANE..

TIDAK JUMPA penawar NYA...


dapatkan penawar ...


KRHT 

012 3592933

MIGRANE WANITA

Anda sakit MIGRANE..
TIDAK JUMPA penawar NYA...


dapatkan penawar 
KRHT 


PUNCA SAKIT

Jika tahu punca...
AKAN MUDAH DALAM RAWATAN
CARILAH PUNCA ANDA SAKIT !!!!!



DAPATKAN SESI DIAGNOSIS DARI KRHT




Jumaat, 20 Mei 2016

SAKIT LUTUT

SAKIT LUTUT

Osteoartritis lutut merupakan salah satu keadaan biasa yang dialami pesakit-pesakit di klinik ortopedik.
Pesakit-pesakit ini akan mengadu kesakitan pada kedua-dua belah lutut dan kadang-kala ada pesakit yang hadir lewat sudah mempunyai kecacatan lutut. Osteoatritis boleh digolongkan sebagai Osteoatritis Primer apabila tiada faktor kejadian awal yang jelas atau Osteoartritis Sekunder apabila terdapat patologi awal pada sendi yang terlibat.

Penyebab
Terdapat pelbagai faktor yang boleh membawa kepada Osteoartritis. Penuaan ialah salah satu sebabnya. Dengan peningkatan umur, rawan akan kehilangan air dan kandungan “proteoglycans” lantas mengurangkan keanjalannya dan menjadikannya lebih lemah. Trauma atau penyakit keradangan pada masa lalu seperti artritis septik dan artritis reumatoid boleh merosakkan rawan artikular dan menyebabkan perkembangan awal Osteoartritis. Kecacatan genetik pada sintesis kolagen jenis II juga dibabitkan dalam perkembangan keadaan ini.
Terdapat empat ciri-ciri patologikal utama pada x-ray pesakit-pesakit yang menghidap Osteoartritis:
  1. Penyempitan ruang sendi
  2. Pembentukan sista subkondral
  3. Skeloris permukaan artikular
Pada peringkat awal, berlakunya pelembutan dan pemfibrilan pada rawan artikular. Kejadian ini diikuti penghuraian progresif bahagian rawan yang membawa kepada pendedahan tulang dibawahnya. Sementara itu, di hujung sendi, terdapat pembentukan osteofit atau beberapa pertumbuhan keluar tulang-tulang kecil. Tulang dibawah rawan yang rosak adalah padat dan sklerotik dan biasanya terdapat satu atau lebih sista yang mengandungi bahan pekat bergelatin sekelilingnya. Perkara ini berlaku akibat pembentukan tulang baru menggantikan kehilangan tulang yang lama disebabkan proses penghuraian.

ASMA

Penghidap asma, alahan hidung berisiko



Akhir-akhir ini perubahan cuaca berlaku sangat mendadak. Selepas berbulan-bulan dilanda panas terik hasil fenomena El Nino mengakibatkan kemarau panjang dan kebakaran hutan, kini tiba masa kita berdepan fenomena La Nina.
La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan dan ia berlawanan dengan El Nino yang membawa perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau. Perubahan iklim itu adalah fenomena global.
Bagaimanapun, perubahan iklim berkenaan menimbulkan impak dalam pelbagai bidang kehidupan manusia termasuk kesihatan. Walaupun penyakit yang disebabkan perubahan cuaca tidak kronik, tetapi penyakit ringan tetap mengganggu aktiviti seharian kita.
Jika musim panas membawa gelombang haba yang meningkatkan risiko kesihatan seperti dehidrasi, kelesuan haba dan strok haba, cuaca hujan pula meningkatkan risiko selesema, batuk dan demam termasuk penyakit bawaan air serta vektor.

BAHU BEKU

ANDA SAKIT BAHU
cARI LAH PENAWAR YANG SESUAI ..
JANGAN BELI PRODUK IKLAN ...
IKLAN BAIK ..NAMPAK BERKESAN SHJ...
TETAPI ..HAMPEHHHH


SAKIT TUMIT


Jika anda sakit TUMIT ..
sila dapatkan penawar yang sesuai ...
penawar RAWATAN ..
Bukan PRODUK IKLAN !!!!!

012 359 2933
KRHT 


Selasa, 10 Mei 2016

BUAH PINGGANG

Kesihatan bergantung pada ginjal sempurna

Bayangkan selepas bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan, dia memberitahu ada sesuatu tidak kena dengan buah pinggang anda dan memerlukan rawatan segera.
Mungkin anda tertanya-tanya dan berfikir kenapa anda tidak pernah terasa sakit atau tidak selesa sebelum ini?
Sebenarnya situasi ini bukanlah luar biasa kerana penyakit buah pinggang biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal.
Selepas fungsi buah pinggang hanya tinggal 15 hingga 30 peratus sahaja barulah pesakit akan merasai kesakitan dan gejala kelesuan, kaki bengkak serta hilang selera makan sehingga memaksa pesakit mendapatkan rawatan.

Secara amnya fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air, garam berlebihan dan bahan kumuh bertoksin dari tubuh.
“Fungsi utama lain adalah membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.
“Apabila buah pinggang atau ginjal mengalami kerosakan, ia sudah tentu mengganggu kualiti hidup dan menjadi masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya,” 
Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan ginjal. Sebab paling utama penyakit kencing manis, darah tinggi, keradangan buah pinggang yang biasa dialami bagi mereka yang berusia 50 tahun ke bawah serta pengambilan ubat-ubatan terutama ubat tahan sakit dalam tempoh terlalu lama.

Terdapat salah faham dalam kalangan pesakit buah pinggang yang mengatakan ubat darah tinggi dan kencing manis yang diambil setiap hari menjadi punca kerosakan buah pinggang, tapi sebenarnya tidak.

“Ia sebenarnya berpunca daripada pengabaian penjagaan penyakit kencing manis dan darah tinggi selama bertahun-tahun yang akhirnya menyebabkan berlaku kerosakan buah pinggang.

“Walaupun pesakit mengambil ubat, penyakit kencing manis dan darah tinggi memerlukan strategi perawatan daripada pelbagai sudut.

“Ini termasuk gaya hidup, pemilihan makanan dan juga penurunan berat badan yang mendatangkan banyak kebaikan kepada pesakit,”

Rabu, 27 April 2016

kanser PANKREAS

kanser PANKREAS ..
sukar dikesan di peringkat awal ...
jika sudah dapat dikesan ..."MAKSUDNYA ..IA SUDAH KRONIK..DAN BOLEH MEMBAWA MAUT !!!!! "


Selasa, 26 April 2016

KESIHATAN

RENUNGAN
"KESIHATAN DAN KEHIDUPAN "


Nornabiha berkata, kesukaran itu mula dirasai apabila suaminya, Hamjah Abd Rahman, 41, disahkan menghidap penyakit paru-paru berair, sakit jantung dan diabetes kronik pada awal tahun lalu.

Menurutnya, disebabkan penyakit berkenaan suaminya tidak lagi mampu mencari rezeki untuk mereka sekeluarga, akibat pergerakannya agak terbatas dan sering berasa cepat keletihan.

Selasa, 19 April 2016

TONSIL

Radang Tonsil

Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks).



Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”).
Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.

Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.
Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.

TONSILLITIS AKUT

AETIOLOGI / PUNCA

Banyak dialami oleh kanak-kanak bersekolah.
Jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun

Punca:
Kuman Virus adalah di antara penyebab utama. Contohnya seperti Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak.
Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30% jangkitan tonsillitis.

Bakteria yang paling kerap adalah Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS). Bakteria yang lain adalah seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci dan Hemophilus Influenza.

Isnin, 18 April 2016

KULIT SENSITIF

'Remeh' jaga kulit sensitif


Perubahan iklim, pencemaran udara, genetik serta golongan 


pemakanan antara penyumbang terhadap kulit sensitif. Bukan hanya kepada wanita, lelaki juga tidak terkecuali.

Memiliki kulit sensitif adalah perkara yang merisaukan dan ia agak ‘remeh’ dari segi penjagaannya. Kulit sensitif bermaksud lapisan epidermis kulit anda mengandungi lapisan sel mati antara lapisan dalaman dan luaran di wajah.
Ia juga bermaksud kulit yang mengalami masalah menjadi kering, gatal, bersisik, kemerahan dan kasar, hingga menjurus kepada masalah kulit lain seperti jerawat atau akne.
Kulit SENSITIF  boleh menimbulkan ketidakselesaan yang berlebihan seperti gatal, rasa pedih apatah lagi selepas menggunakan produk kosmetik.
“Lazimnya mereka yang mempunyai masalah kulit sering menghidap ekzema. Ekzema digunakan sebagai satu istilah umum untuk pelbagai masalah keradangan kulit (dermatitis) dan ruam alahan kulit.
“Ia menyebabkan kulit menjadi gatal, berkerak, bersisik atau melepuh. Rawatan biasa digunakan ialah menyapu krim anti-keradangan.
“Paling membimbangkan apabila ia berlaku kepada kanak-kanak dan bilangan itu semakin tinggi,”

Sabtu, 16 April 2016

PEWARNA PONCEAU 4R

PEWARNA PONCEAU 4R


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan
pewarna Ponceau 4R.
Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya.  Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.
Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari.  Ia juga digunakan  untuk mewarnakan teh.
Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng,  hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah  ratus yang mahal seperti saffron.
Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka.

Jumaat, 15 April 2016

MAKANAN ENAK

SYURGA MAKANAN

SESUAI dengan kepelbagaian bangsa di negara ini maka tidak hairanlah Malaysia dikenali sebagai syurga makanan. Sebut sahaja nak makan apa, segala juadah tempatan dan antarabangsa, semua ada di sini dan tidak perlu ke luar negara.
Sudahlah banyak pilihan, kedai makan dan restoran makanan segera pula berlambak-lambak dengan kebanyakan beroperasi sehingga dinihari. Kemeriahan itu mendorong rakyat untuk makan lewat malam. Malah terdapat ibu bapa ‘mengheret’ anak-anak yang separuh mengantuk ke kedai makan untuk ‘bersahur’ di luar waktu Ramadan!
Dengan corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat itu maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga pertama negara paling ramai orang gemuk di Asia Tenggara dan tangga keenam di Asia Pasifik berdasarkan statistik sebanyak 47.7 peratus rakyatnya mengalami obesiti.
Itu bukan ‘pencapaian’ yang boleh dibanggakan kerana obesiti boleh membawa maut. Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 73 peratus kematian di hospital kerajaan ketika ini adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung) yang berpunca daripada masalah obesiti.
Malah kajian Institut Jantung Negara 2007 juga menunjukkan 60 peratus remaja menghidap penyakit jantung. Saya yakin jumlah itu meningkat lebih-lebih lagi kanak-kanak ketika ini cenderung bermain gajet berbanding melakukan pergerakan fizikal dan bersenam.

BATUK KERING

BATUK KERING

Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang,sendi dan lain-lain.

FRUKTOS

FRUKTOS

Gula (fruktos) berlebihan menyebabkan bakteria keluar dari usus ke saluran darah dan seterusnya menyebabkan kerosakan hati.
Kerosakan hari bermula tanpa peningkatan berat badan. Keadaan ini seharusnya mendapat perhatian kerana kebanyakan doktor dan saintis percaya bahawa lemak yang terdapat pada / sekeliling tisu dalam tubuh yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Nephrotic Syndrome

Nephrotic Syndrome

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PCOS

MASALAH HAMIL
Terdapat dua jenis kemandulan iaitu ketidaksuburan primer dan ketidaksuburan sekunder. Ketidaksuburan primer adalah keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung manakala ketidaksuburan sekunder adalah keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil walaupun berakhir dengan keguguran ataupun kandungan luar rahim.
Katanya, terdapat beberapa punca ketidaksuburan sekunder namun punca yang umum adalah disebabkan sindrom polisistik ovari atau PCOS.
Selepas bersalin anak pertama, kerap kali berat badan wanita meningkat dengan mendadak menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai PCOS.
Lazimnya, apabila PCOS berlaku maka ovari gagal mengeluarkan hormon seks wanita (estrogen dan progestogen) dengan teratur. Kadangkala ovari menghasilkan hormon seks lelaki (testosterone) berlebihan dan menyebabkan tumbuh lebih banyak rambut.
Selain PCOS, endometriosis turut menjadi antara punca ketidaksuburan sekunder yang kadangkala boleh menyebabkan ketidaksuburan dalam kalangan wanita. Ia dikatakan berlaku ke atas tujuh peratus daripada wanita dalam lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dan menjadi sebab utama mengapa wanita gagal hamil.
Endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim iaitu pada usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopia dan bahagian lain di luar kawasan pelvik.

Khamis, 14 April 2016

Pewarna KANSER

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan pewarna Ponceau 4R. 

Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya. Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum. 

Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. 

Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari.  Ia juga digunakan  untuk mewarnakan teh. 

Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng,  hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah ratus yang mahal seperti saffron. 

Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka. 

Sehubungan dengan bahaya pewarna Ponceau 4R, CAP menggesa Kementerian Kesihatan agar mengambil langkah-langkah yang berikut:

- Mengeluarkan Ponceau 4R daripada senarai pewarna yang dibenarkan di dalam Peraturan Makanan 1985

- Menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang didapati menggunakan pewarna dalam makanan yang undang-undang tidak membenarkan makanan seumpamanya diwarnakan. (misalnya teh, rempah ratus dan udang kering)

- Menghentikan penjualan pewarna gred industri (diharamkan untuk makanan) dalam jumlah yang sedikit untuk mencegah penyalahgunaannya. Pada masa sekarang ia masih dijual di kedai runcit.

- Tidak menggalakkan pengendali dan pengeluar makanan daripada menggunakan pewarna kimia kerana ia berbahaya dan tidak perlu sama sekali.

- Mengadakan kempen media untuk tidak menggalakkan pengguna daripada membeli makanan yang mengandungi pewarna dan mendidik mereka mengenai cara untuk membaca label dengan betul.

- Menjalankan ujian ke atas makanan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan kimia dan pewarna yang diharamkan. 

Kementerian Kesihatan perlu menyita kesemua makanan seumpamanya di pasaran. Sementara itu pengguna dinasihatkan agar mengelak makanan berwarna terang yang tidak kelihatan asli. 

ELNINO DAN MATA

El Nino undang kesan pada mata

KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang melanda negara sejak Januari lepas bukan sahaja boleh menyebabkan strok haba, malah cuaca panas itu mampu memberi kesan negatif kepada mata.
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perubatan Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH), Dr Pall Singh berkata orang ramai terutama mereka yang mengalami masalah mata kering perlu menitikberatkan aspek penjagaan mata dengan mengelak daripada terdedah terlalu lama kepada matahari.
Dr Pall Singh yang juga perunding kanan pakar Oftalmologi berkata mereka perlu kerap menggunakan ubat titis bagi mengelak pesakit mengalami pedih mata.
"Selain mengguna ubat titis, orang ramai termasuk mereka yang ada masalah mata kering perlu memakai cermin mata untuk melindungi mata daripada sinar ultraviolet (UV).

HISTERIA

Sekolah cuti selepas guru, pelajar diserang histeria

KOTA BHARU – Kejadian histeria beramai-ramai yang menggemparkan dan berlarutan sejak Isnin lalu menyebabkan kira-kira 900 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II di sini diarahkan bercuti selama sehari pada hari ini.

Peristiwa yang merasuk lebih 50 pelajar dan beberapa orang guru berlaku selepas para pelajar mendakwa terlihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.

Pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling seperti cacing kepanasan di atas lantai sebelum serangan histeria itu ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.

Tinjauan di sekolah tersebut semalam mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tetapi kebanyakan pelajar perempuan tidak berada di dalam bilik darjah kerana berkumpul di satu kawasan sekolah untuk membaca al-Quran dan doa.

difahamkan pelajar, guru dan kakitangan yang lemah semangat juga sudah diarahkan pulang awal semalam bagi mengelak diserang histeria.

Rabu, 13 April 2016

DENGGI

KKM lancar operasi 'serang' Aedes


KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,110 premis telah diperiksa dan 39 kompaun berjumlah RM19,500 dikeluarkan hasil operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes di seluruh negara yang bermula semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata kesemua premis yang didapati membiak Aedes dikenakan kompaun maksimum RM500 bagi setiap kompaun dalam operasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan selama dua bulan itu.
"KKM juga menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak binaan kerana didapati kadar pembiakan Aedes masih tinggi iaitu 31.8 peratus, melebihi sasaran satu peratus yang ditetapkan.
"Perintah penutupan (oleh) mahkamah selama dua minggu akan dikenakan kepada tapak binaan yang didapati membiak Aedes selain tindakan didakwa di mahkamah bagi kesalahan berulang," kata kenyataan itu.
Sejumlah 324 lokaliti terlibat dalam operasi itu iaitu 109 di Kelantan, 62, di Selangor, 51 di Kedah, 35 di Terengganu, 18 di Johor, 10 di Negeri Sembilan, tujuh di Sarawak, enam di Perak, enam di Pahang, lima di Perlis, lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat di Sabah, masing-masing dua di Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.
Pemantauan KKM juga mendapati jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 9 April tahun ini adalah 39,221 kes, meningkat sebanyak 9.9 peratus atau 3,520 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu 35,701 kes.
Selain itu, jumlah kumulatif kematian akibat demam denggi tahun ini adalah sebanyak 90 berbanding 113 bagi tempoh yang sama tahun lepas dengan penurunan sebanyak 23 kematian. - Bernama

Selasa, 12 April 2016

RAHSIA LEMON

Kesan sampingan jika terlebih minum air detoks lemon
BAGI yang sedang diet air lemon ini memang tak asing lagi. Ia menjadi sebahagian minuman untuk tujuan detoks membuang toksin yang juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan.
Botol air berisi hirisan lemon ini selalunya bekalan wajib mereka yang berdiet hingga kadang-kadang ada yang membawa beberapa botol besar untuk minuman seharian di tempat kerja.
Tapi tahukah anda bahawa air lemon ini kalau diminum berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik untuk tubuh.
Tiga perkara berikut mungkin anda alami jika mengambilnya terlalu banyak. Kurangkan pengambilannya jika kesan ini sudah anda rasai.
1. Hakisan gigi
Terlalu banyak mengambil makanan atau minuman berasid seperti air lemon bergelas-gelas akan menyebabkan gigi turut kerap diselaputi asid.
Ia mampu menghakis enamel gigi dan membuat gigi semakin sensitif pada makanan sejuk dan panas. Bagi melindungi gigi ketika minum minuman berasid sebaiknya gunakan straw.
2. Pedih ulu hati
Minum air lemon juga boleh mencetuskan pedih ulu hati. Ia akan menjadi lebih serius jika anda pernah mengalaminya sebelum ini.
Pedih ulu hati ini akan menyebabkan rasa panas dan juga sakit di bahagian dada. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman berasid untuk mengelak serta mengurangkan simptom pedih ulu hati.
3. Kerap buang air dan dehidrasi
Ini juga salah satu kesan sampingan yang mungkin anda alami jika terlebih minum air lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Nutrien ini memang bersifat diuretik yang bermakna ia meningkatkan penghasilan urin oleh buah pinggang untuk membantu tubuh mengeluarkan cecair dan sodium berlebihan dengan cepat.
Sekiranya anda merasai tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, haus, pening kepala atau mengantuk segera kurangkan pengambilan air lemon.
Apa-apa makanan pun kalau diambil berlebihan tak elok, jadi bersederhanalah. jangan kerana mahu kurus cepat, penyakit lain pula yang datang

KEK DADAH

Kek biji popi
Kuala Lumpur: Polis mengesan beberapa premis menjual kek di ibu kota menggunakan biji popi sebagai bahan penyedap kek yang boleh mengakibatkan rasa ketagih dan khayal jika diambil melebihi dos.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, berdasarkan ujian saringan awal dilakukan pihaknya mendapati kek berkenaan positif dadah jenis Opiat (candu).
Menurutnya, bahan berkenaan diletakkan di atas kek berkenaan sebagai penyedap rasa dan jika diambil secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan pelbagai kesan sampingan.
"Kami akan menghantar sampel kek berkenaan ke Jabatan Kimia untuk menjalani ujian selanjutnya bagi mengesahkan kandungan itu positif dadah.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka ketika membeli kek bagi mengelakkan mengambil bahan terlarang yang terdapat pada kek itu,"katanya.

DOS UBAT ANDA

JANGAN POTONG UBAT SESUKA HATI ..
PERLU IKUT PANDUAN DARI DOKTOR ATAU AHLI FARMASI  !!!!!!

ROTI JALA RACUN

Ipoh: Keputusan analisa Makmal Kesihatan Awam Ipoh mendapati ada bakteria Salmonella, Bacillus Cereus dan E-coli pada roti jala yang menyebabkan 63 pelajar mengalami keracunan makanan di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah pada 3 April lalu.

Semua mangsa mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan roti jala bersama kari ayam sebagai hidangan lewat malam di dewan makan asrama sekolah itu.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, sebaik memperoleh keputusan analisa itu, pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang melakukan pemeriksaan di rumah pembekal roti jala berkenaan di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Bidor, kelmarin.
Katanya, pasukan itu menyaksikan cara pembuatan makanan berkenaan dan mengesyaki bakteria itu datang daripada kulit telur ayam yang tidak dibasuh.
"Apabila tukang masak memecahkan telur menggunakan tangan, kemungkinan kekotoran yang melekat pada kulit telur termasuk najis ayam mengenai tangan dan kemudian terkena roti jala.
“Pemeriksaan di premis itu juga mendapati bekas meletakkan telur atau `sarang telur' kotor dan digunakan secara kitar semula iaitu telur ayam baru diletak dalam bekas berkenaan yang tidak pernah ditukar," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Pelan Tindakan Kesihatan Alam Sekitar (SEHAP) di sini, hari ini.

KERACUNAN DIMANA-MANA SAHAJA ...
PASTIKAN KELUARGA ANDA SELALU DI LINDUNGAN KERACUNAN !!!!!!!!!

Isnin, 11 April 2016

KELESUAN HABA

KUANTAN - Sebanyak lapan kes akibat cuaca panas melampau direkodkan berlaku di negeri ini sehingga semalam, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Beliau berkata kes berkenaan merangkumi tujuh kes kelesuan haba iaitu tiga kes di Kuantan, dua kes di Bentong manakala satu kes masing-masing di Bera dan Temerloh serta satu kes strok haba di Temerloh.

"Kesemua kes disebabkan cuaca terlampau panas ini, melibatkan golongan dewasa sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes Secara Besar-Besaran di seluruh negara peringkat negeri di sini, hari ini.

Dr Zainal Ariffin berkata, bagaimanapun tiada kematian dilaporkan berlaku disebabkan kes berkenaan namun pihaknya akan berterusan membuat pemantauan terhadap sebarang kes berkaitan cuaca panas melampau itu di seluruh negeri. - Bernama

KANSER LIDAH

Adik derita barah lidah tahap empat

JOHOR BAHRU - “Pada mulanya adik hanya tergigit lidah, tetapi kesan luka tersebut tidak sembuh meskipun kerap berulang-alik ke klinik,” kata Hidayah Md Zam, 31.

Hidayah berkata, adiknya, Mohamad Farhan, 24, kemudiannya disahkan menghidap barah lidah tahap dua dan kerana tiada pilihan, dia terpaksa menjalani pembedahan memotong lidah, peti suara serta rahang pada Disember lalu biarpun menyedari risiko bisu.

Ibu dua anak itu berkata, pembedahan tersebut membabitkan kos berjumlah RM64,000, yang mana RM50,000 ditanggung insurans adiknya.

“Selain itu, bahagian lehernya turut ditebuk bagi memudahkannya bernafas dan perutnya dipasang tiub bagi memudahkan kami menyalurkan susu disyorkan doktor setiap hari kerana dia tidak mampu mengunyah atau menelan.

“Kami sangka dia boleh pulih, tetapi malangnya pada Januari lalu, sel barahnya kembali aktif dan merebak ke paru-paru, dan barahnya disahkan tahap empat.

Dalam pada itu, Hidayah berkata, ayahnya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, manakala ibunya meninggal dunia akibat barah payudara, 16 tahun lalu.t.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan dugaan tersebut dan hanya berdoa kepada ALLAH SWT supaya adiknya dipanjangkan umur.

“Adik kini hanya menaip guna telefon bimbit dan menekan loceng sekiranya mahu berkomunikasi,” katanya.

OBESS

Article di FB :

10 SEBAB MENGAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN.

1. Minum air kuantiti gula yang tinggi
2. Kurang tidur
3. Tidak bersarapan
4. Makan terlalu cepat
5. Kurang minum air masak
6. Makan ketika stress
7. Pengambilan karbohidrat berlebihan
8. Makan dengan kuantiti yang banyak
9. Malas bersenam
10. Makan lewat malam.

Ahad, 10 April 2016

SUSU MADE IN CHINA

Susu Similac bukan dari China - 
KP Kesihatan PUTRAJAYA: 
Kementerian Kesihatan mengesahkan susu formula bayi jenama Similac yang berada di pasaran negara ini tidak diimport dari negara China. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semakan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mendapati susu jenama itu hanya dibawa masuk dari Singapura, Ireland dan Sepanyol. Kedutaan China di Malaysia juga mengesahkan bahawa isu ini hanya melibatkan pasaran tempatan di China. Produk itu tidak dieksport, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau mengulas laporan dua akhbar tempatan serta Hong Kong Free Press dan The China Post pada Rabu lepas berkaitan penangkapan enam warga China kerana terlibat dalam aktiviti pembuatan dan penjualan susu formula bayi tiruan di bawah jenama terkenal seperti "Similac". Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata syarikat Abbott, iaitu pengeluar asal produk Similac juga mengesahkan bahawa isu penipuan itu hanya melibatkan susu formula bayi yang dikilangkan di China untuk pasaran di negara berkenaan sahaja. Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan yang telah tercemar atau mengandungi bahan berbahaya yang memudaratkan kesihatan dilarang dijual. Pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan dinasihatkan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). - BERNAMA  

MEE SEGERA

Jakim siasat status halal mi segera dari Korea

halal
0
SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap mi segera dari Korea yang diragui status halalnya.
Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal berkata, hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“Untuk makluman pengguna, mi segera ini merupakan produk Korea yang telah mendapat pengesahan daripada Korea Muslim Foundation (KMF) iaitu salah sebuah Badan Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jakim.
“Namun begitu, status logo dan kehalalan produk tersebut belum dapat dikenal pasti. Siasatan bersama pihak KMF di Korea sedang giat dilakukan. Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Semalam, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.
Menurut Jakim lagi, setiap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf telah diaudit berdasarkan prosedur dan piawaian ditetapkan oleh pihaknya.
“Pengguna diharap tidak membuat andaian awal sehingga pengesahan daripada pihak KMF diperoleh,” katanya.